AirAsia Lancarkan Pass Cuti-cuti Malaysia Tanpa Had Bernilai RM399!

812

Berikutan dengan kebenaran rentas negeri dan melancong di dalam negara telah diberikan oleh pihak kerajaan, AirAsia, yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah terkemuka di Malaysia telah melancarkan kempen pas tanpa had untuk merangsang pelancongan domestik negara dan menyokong usaha kerajaan.

Pass tersebut dikenali sebagai AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia dan bernilai sebanyak RM399. Selain itu, ianya disediakan untuk semua ahli AirAsia BIG yang berpangkalan di Malaysia. Tambahan daripada itu, pass tanpa had berkenaan boleh dibeli di laman web airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah Tab Tawaran) mulai 11 Jun hingga 13 Jun.

Di samping itu, pass tersebut akan membolehkan pengguna menebusnya dan melakukan perjalanan bermula dari 25 Jun dan seterusnya hingga 31 Mac 2021. Bukan itu sahaja! Ianya juga meliputi 16 destinasi domestik, iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Baru, Kuala Lumpur, Kota Baru, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Walau bagaimanapun, penggunaan pass tanpa had itu akan dikenakan cukai dan yuran kerajaan serta caj tambahan yang lain. Tempahan penerbangan mesti dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas, tempoh embargo dan bertepatan dengan terma dan syarat lain yang dikenakan.

Saham AirAsia Group Bhd hari ini telah didagangkan sebanyak 57.76 juta saham sekaligus menjadikannya dalam senarai 10 teratas di kaunter perdagangan aktif di Bursa Malaysia.

Pada pukul 11.30 pagi, saham AirAsia turun dua sen atau 1.9% pada RM1.03, menjadikan permodalan pasarannya sebanyak RM3.41 bilion. Namun begitu, sahamnya telah pulih sebanyak 98% dari paras terendah sebanyak 52 sen pada 19 Mac yang lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat