AirAsia X ‘Spike’ Gara-gara Berita Baik Ini!

404

Akhirnya ada berita baik daripada syarikat penerbangan tambah murah ini selepas ia mengeluarkan laporan pendapatannya.

AirAsia X Bhd tanpa dijangka mencatat keuntungan bersih sebanyak RM153.48 juta pada suku keenam bagi tempoh kewangan yang berakhir 31 Disember 2022.

Untuk pengetahuan, tahun kewangan kumpulan itu telah diubah daripada 31 Disember 2020 kepada 30 Jun 2021, jadi tidak akan ada angka perbandingan untuk bacaan tersebut berikutan ketiadaan maklumat bagi tahun sebelumnya.

Difahamkan, pengukuhan yang dicatatkan tersebut sebahagian besarnya dipacu oleh selesainya penstrukturan semula hutang pada suku pertama 2022.

Ekoran itu juga, keuntungan bersih AirAsia X dalam tempoh kumulatif 18 bulan mencatat rekod luar biasa sebanyak RM32.98 bilion.

Selain itu, hasil yang dicatatkan pada suku keenam juga meningkat lebih kukuh sebanyak RM339.29 juta daripada RM100.1 juta pada suku kelima 2022.

Ini susulan jangkaan dan permintaan berterusan untuk perjalanan udara antarabangsa di rantau ini yang mendorong purata tambang asas pada suku itu mencecah rekod tertinggi pada RM866.

Susulan daripada laporan memberangsangkan ini, saham AirAsia X meroket hampir 40% kepada 95 sen sesaham pada pembukaan dagangan pagi ini (Rabu).

Ia kemudiannya mengurangkan keuntungan untuk meningkat 26.47% dan didagangkan pada 85 sen dengan nilai pasaran RM356.74 juta (setakat 2.30 petang).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat