AirAsia X Tetapkan Harga Terbitan Hak Pada 28 Sen Untuk Capai Sasaran RM116 Juta

227

‘Adakah ini langkah terbaik buat AirAsia X?’

AirAsia X (AAX) milik Capital A telah menetapkan harga hak terbitan pada 28 sen setiap satu dengan sasaran untuk mengumpul RM116 juta modal.

Harga hak terbitan itu mewakili diskaun 32.7% kepada harga semua saham pada 41.58 sen dan cadangan hak terbitan tersebut akan mengumpul sebanyak RM116 juta bagi digunakan untuk keperluan modal kerja syarikat penerbangan tersebut.

Dalam pemfailan pada Bursa, syarikat tersebut menyatakan semua kelulusan telah diperoleh untuk pengumpulan dana.

Terdahulu, syarikat penerbangan tersebut telah mendapat persetujuan daripada pemegang saham untuk hak terbitan lebih besar sehingga RM300 juta dan terbitan khas sebanyak RM200 juta yang akan digunakan untuk penstrukturan semulanya.

Ketua Pegawai Kewangan AAX, Andrew Littledale yang bertanggungjawab menerangkan pengurangan dana yang akan dikumpul tersebut berkata AAX pada awal 2021 mempunyai wang tunai sebanyak RM95 juta dan bagi 14 bulan terakhir secara purata mereka berbelanja sebanyak RM3 juta sebulan.

Tambahnya lagi, dana yang besar bukan sahaja tidak diperlukan pada masa kini tetapi juga boleh memberi kesan bukan kepada pemegang saham sedia ada yang mungkin tidak dapat membiayai hak terbitan yang lebih besar pada masa yang sukar kini.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif AAX, Benyamin Ismail berkata mereka dapat mengurangkan kerugian operasinya kepada RM12 juta apabila ia mengembangkan perniagaan kargonya ekoran kejayaan penstrukturan semula oleh pemiutang pada November tahun lalu.

Bagi tempoh 6 bulan yang berakhir pada 31 Disember 2021, AAX dilaporkan mengumpul kerugian bersih dan hasil sebanyak RM161.08 juta dan RM218.58 juta.

Setakat harini, AAX ditutup rendah 4% pada 60 sen dengan nilai modal pasaran sebanyak RM246.91 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat