Airdrop Palsu XRP Dipromosikan! 1.4 Juta Pengikut News24 Ditipu?

287

“Korang kalau tak nak terpedaya dengan tipu helah penggodam, jangan sesuka hati tekan link tau.”

Akaun Twitter News24, iaitu saluran berita terkemuka di India menjadi mangsa skim mata wang kripto apabila penggodam menyiarkan pautan yang membenarkan seseorang individu mendapat airdrop Ripple (XRP) tetapi ia hanyalah penipuan semata-mata.

Dilaporkan, penggodam mengambil alih akaun Twitter News 24 untuk menyiarkan informasi palsu yang turut memaparkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) XRP, Brad Garlinghouse bagi memperoleh kepercayaan ramai pihak.

Rentetan itu, News24 membayangkan sebahagian daripada 1.4 juta pengikutnya mungkin telah menjadi mangsa penipuan, di mana kini pasukannya masih bergelut untuk menangani penggodam itu susulan beberapa pengumuman palsu masih dipaparkan di akaun Twitter mereka.

Sementara itu, akaun Twitter Perdana Menteri India Narendra Modi dan profil Persatuan Perubatan India (IMA), Majlis Hal Ehwal Dunia India (ICWA) serta Mann Deshi Mahila Bank juga terperangkap dalam penipuan kripto.

Diperjelaskan lebih terperinci, penggodam menjejaskan profil Twitter Mobi dengan menerbitkan siaran berniat jahat yang menyebut India telah menerima pakai Bitcoin (BTC) sebagai tender sah dan kerajaan pula membeli 500 aset digital itu untuk diedarkan kepada penduduk.

Walaupun tidak diketahui beramai ramai individu yang menjadi mangsa penipuan tersebut, jumlahnya mungkin besar memandangkan Modi memiliki lebih 87 juta pengikut.

Dalam pada itu, seorang individu telah menggodam akaun Twitter IMA, ICWA dan Mann Deshi Mahila Bank dengan berkongsi beberapa tweet yang memaparkan jutawan Elon Musk mempromosikan kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat