Akaun X Vitalik Buterin Kena ‘Hack’, Hampir $700,000 Lesap!

484

“Kesian Buterin, tak pasal-pasal beliau yang kena bertanggungjawab.”

Akaun media sosial X milik co-founder Ethereum (ETH), Vitalik Buterin dilaporkan telah digodam sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kerugian lebih $691,000 sejurus selepas mengklik pada sebuah pautan.

Diperjelaskan lebih lanjut, penggodam telah meletakkan pautan web berbahaya kelihatan seperti serangan pancingan data dalam tweet baharu Buterin yang dilakukannya baru-baru ini tentang meraikan ketibaan Proto-Danksharding* ke ETH.

*Merupakan langkah sementara ke arah Danksharding penuh, bertujuan untuk mengurangkan kos transaksi dan meningkatkan daya pengeluaran

Penggodam tersebut turut berkongsi pautan berniat jahat yang menawarkan non-fungible token (NFT) tersedia secara percuma untuk menarik mangsa menyambung wallet mereka sebelum mencuri semua dananya.

Susulan daripada insiden itu, pembangun ETH Bok Khoo atau lebih dikenali sebagai Bokku Poobah telah mengalami kerugian dalam koleksi NFT CryptoPunk yang pada masa ini floor price berada pada 46.99 ETH bernilai $76,837.

Bukan itu sahaja, NFT paling berharga yang dicuri setakat ini adalah CryptoPunk #3983 bernilai 153.62 ETH bersamaan $250,543.

Oleh demikian, seorang pengguna platform X dipanggil Satoshi 767 yang mendakwa Buterin tidak melaksanakan langkah keselamatan mencukupi untuk akaunnya telah berkata bahawa co-founder ETH harus bertanggungjawab dan beri pampasan kepada mereka yang terjejas.

Namun, penyiasat blockchain terkemuka ZachXBT berpandangan profil tinggi Buterin telah menjadikannya sebab mudah terdedah kepada pelbagai bentuk percubaan penggodaman susulan beliau adalah sasaran cukup besar di mana orang dalam boleh bayar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat