Akhirnya! Ethereum (ETH) Tembus $3,000!

1,417

Ethereum (ETH) terus melakar harga tertinggi apabila sebentar tadi mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $3,058.

ETH ternyata bangkit kuat selepas berhadapan dengan penyusutan harga beberapa minggu yang lalu.

Hanya pada bulan ini sahaja nilai token kedua terbesar selepas Bitcoin (BTC) mencatatkan peningkatan sehingga 53% kepada rekod tersebut, menjadikan keuntungan setakat ini mencecah 313% sejak bermulanya 2021.

Jika trend bullish ini berterusan, harga Ethereum berpotensi untuk melonjak sehingga ke paras harga $4,295!

Namun, nanti dulu! Ekoran daripada analisis harian menunjukkan Ethereum meningkat 35% tanpa pembetulan harga hampir seminggu, pelabur dinasihatkan untuk tidak terlalu teruja kerana boleh jadi akan berlaku pembetulan semula menyebabkan harga ETH boleh susut kepada $2,400.

Terbaru Ethereum telah melancarkan airdrop EtherLite (ETL) pada 1 Mei dan pelancaran itu dipaparkan di Burj Khalifa, mendapat perhatian dunia.

Pada masa yang sama, Ethereum juga mengatasi kedudukan Walt Disney ($337.67 bilion), Nestle ($337.38 bilion), Procter & Gamble (P&G) ($326.64 bilion) berdasarkan nilai pasarannya yang kini pada rekod $350.04 bilion.

Ketika penulisan ETH terus bertahan di atas $3,000. Beberapa altcoin lain mencatatkan pergerakan positif dalam 24 jam dengan masing-masing mencatatkan harga semasa: Binance Coin (BNB) – $628, Polkadot (DOT) – $37, VeChain (VET) – $0.219 dan Cardano (ADA) – $1.34.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat