Akhirnya EUR/USD Tembus Juga Rintangan $1.2000

378

US dolar susut ke paras terendah 6 minggu berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran sementara Euro dikukuhkan oleh harapan terhadap program vaksinasi di Eropah.

Peningkatan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) masih gagal untuk menyuntik kekuatan US dolar apabila pelabur masih melihat kenaikan ke paras 1.60% masih lagi rendah selepas mencecah ke paras tertinggi 14 bulan pada bulan lalu.

Penganalisis berpendapat sokongan terhadap mata wang Euro dicetuskan oleh pengumuman oleh Kesatuan Eropah (EU) yang telah mengesahkan tambahan 100 juta dos vaksin Covid-19 oleh BioNTech dan Pfizer.

Eropah berkemungkinan akan pamerkan corak pemulihan lebih pantas untuk suku kedua tahun ini sebelum disusuli negara-negara membangun yang lain.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, menepati ramalan pelabur untuk harga melonjak lebih tinggi mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu melepasi rintangan 1.20000 yang gagal ditembusi minggu lalu.

Pada awalnya, harga dilihat memulakan dagangan minggu ini dengan penurunan di sesi Asia semalam. Namun di sesi Eropah, harga melonjak sehingga 100 pips kenaikan ke paras sekitar 1.20500.

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan untuk harga memasuki zon tumpuan dalam julat 1.20600-1.20900 pada hari ini.

Namun pelabur juga perlu bersedia untuk situasi penurunan harga dengan pergerakan yang mungkin tidak menentu menjelang mesyuarat polisi monetari bank pusat Eropah pada Khamis dan data-data sektor ekonomi Eropah pada Jumaat.

Sekiranya harga membuat terjunan, paras 1.2000 akan menjadi paras sokongan terbaru harga sebelum penurunan yang lebih rendah akan kembali menguji semula paras 1.19000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat