Akhirnya! Fed Beri Isyarat Untuk ‘Tapering’ Dan Kenaikan Kadar Faedah

1,134

Akhirnya kata-kata keramat yang dinantikan pelabur telah keluar dari mulut pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang mengatakan pengurangan pembelian bon akan dimulakan tidak lama lagi dan terdapat indikasi bahawa kadar faedah akan dinaikkan pada tahun depan.

Dalam sidang media selepas keputusan dasar diumumkan, Powell menjelaskan bahawa jika ekonomi terus meningkat, FOMC dapat bertindak menurunkan pembelian bon bulanan pada pertemuan berikutnya pada bulan November.

Tambah beliau lagi, mereka tidak memerlukan laporan pekerjaan yang sangat kuat untuk memulakan pengurangan pembelian bon, dengan mengharapkan proses tersebut akan berakhir pada pertengahan tahun depan.

Sementara itu, dalam pernyataan dasar dan unjuran ekonomi terbaru Fed pula menunjukkan sembilan daripada 18 pembuat dasar bersedia menaikkan kadar faedah pada tahun depan sebagai tindak balas terhadap inflasi yang dijangkakan akan meningkat sehingga 4.2% tahun ini, dua kali ganda lebih tinggi dari kadar sasaran 2%.

Fed sekarang mengunjurkan inflasi akan meningkat di atas sasaran selama empat tahun berturut-turut, di mana ia sedikit melebihi sasaran pada 2.2% pada tahun 2022 dan 2023, serta 2.1% pada tahun 2024.

Selain itu, para pembuat dasar juga melihat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat hanya 5.9% pada tahun ini berbanding ramalan 7% pada bulan Jun. Namun, pertumbuhan pada 2023 dijangka meningkat pada 3.8% berbanding 3.3% sebelumnya dan 2.5% pada 2023.

Seperti dijangkakan secara meluas, Fed masih mengekalkan dasar monetari semasa pada mesyuarat kali ini dengan kadar faedah kekal tidak berubah pada 0-0.25% dan pembelian bon pada kadar $ 120 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat