Akhirnya! Intel Perkenalkan Cip Khas Untuk ‘Mining’ Kripto

1,242

Kalau chipset ni cukup berkuasa untuk melombong kripto, bayangkan guna chipset ini untuk main game! Smooth gila.

Intel Corp telah melancarkan sebuah chipset baharu yang direka khas untuk melombong Bitcoin (BTC).

Selepas mendengar keluhan dan permintaan pengguna, serta mengambil kira peningkatan populariti penggunaan mata wang kripto, Intel dilihat ingin menyertai perlumbaan syarikat-syarikat teknologi lain dalam menghasilkan chipset khas untuk mining mata wang kripto.

Menurut sumber, chipset tersebut akan dipasarkan seawal tahun ini dan Square Inc, milik Jack Dorsey akan menjadi pengguna pertama chipset tersebut.

Pihak Intel berkata chipset baharu tersebut direka khas untuk menjalankan sebarang aplikasi berkaitan blockchain dengan ‘pantas’ dan cekap tenaga.

Maklumat lebih lanjut mengenai chipset tersebut akan diumumkan pada acara International State Circuits Conference pada 20 Febuari nanti.

Secara kasarnya, Intel dilihat sedang bersaing dengan Nvidia Corp yang turut menghasilkan chipset khas untuk mining Ethereum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat