Akhirnya! Toyota Mengaku Salah Di Atas Penipuan Sijil & Gantung Tiga Model Keluarannya

3,035

Pengerusi Toyota, Akio Toyoda memohon maaf di atas penipuan besar-besaran terhadap ujian pensijilan untuk tujuh model kenderaannya dan menggantung pengeluaran tiga daripadanya.

Penipuan ujian yang dilakukan oleh pembuat kereta terkemuka Jepun itu melibatkan penggunaan data yang tidak mencukupi, ujian pelanggaran, ujian beg udara kemalangan dan kerosakan tempat duduk belakang semasa nahas. Ujian kuasa enjin juga didapati telah dipalsukan.

Toyota Corp yang berpangkalan di Jepun telah menggantung beberapa pengeluaran modelnya seperti Corolla Fielder, Corolla Axio dan Yaris Cross. Penipuan ujian itu ditemui ke atas model-model tersebut.

Kata mereka, salah laku itu tidak menjejaskan keselamatan pengguna di atas jalan raya untuk model Corolla dan Lexus.

Toyoda memohon maaf di hadapan pemberita-pemberita semasa kenyataan media yang dilakukan pada hari Isnin. Walau bagaimanapun, isu itu tidak menjejaskan pengeluaran luar negara Toyota.

Eksekutif Toyota, Shinji Miyamoto yang menguruskan bahagian kepuasan pelanggan berkata mereka mula mengkaji semula ujiannya sendiri berikutan masalah di syarikat tersebut.

Pembongkaran penipuan ujian Toyota itu telah memberi kesan buruk ke atas syarikat gergasi kereta yang dikenali sejak berdekad-dekad lamanya dan kumpulan pengurusan korporat akan memperkasakan nilai pekerja bagi menghasilkan model yang lebih baik.

Antara langkah yang dicadangkan adalah mewujudkan peraturan pensijilan yang lebih ketat dan berjanji kes salah laku itu takkan berlaku lagi. Syarikat itu mungkin terlalu bersemangat untuk menyelesaikan ujian itu dan menyingkatkan masa kepelbagaian model untuk terus berkembang.

Sebagai rekod, syarikat Toyota telah menjual lebih daripada 10 juta kenderaan di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat