Akhirnya, Trump Tandatangan Pakej Bantuan $2.3 Trilion!

1,104

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani pakej bantuan Covid-19 berjumlah AS$2.3 trilion dan dana kerajaan sebanyak AS$600 yang merangkumi pakej rangsangan untuk kebanyakan rakyat Amerika.

Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan meluluskan bantuan sebanyak AS$600 kepada mereka yang berpendapatan kurang AS$75,000 setahun.

RUU terbabit turut memperkenalkan tambahan bantuan pengangguran sebanyak AS$300 seminggu dan program ‘forgivable loan’ untuk perniagaan kecil.

Selain itu, bayaran bantuan untuk kanak-kanak sebanyak AS$600 seorang turut diperkenalkan.

Terdahulu, Presiden Donald Trump dilaporkan gagal menandatangani pakej rangsangan Covid-19.

Susulan tindakan Trump itu, Calon Presiden, Joe Biden memberi amaran akan terjadinya kesan buruk sekiranya Trump terus menangguhkan masa untuk menandatangani pakej tersebut.

Biden menyifatkan tindakan Trump tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

“Ini adalah hari selepas Hari Krismas dan jutaan keluarga tidak tahu sekiranya mereka akan dapat meneruskan kehidupan disebabkan keengganan Trump untuk menandatangani RUU bantuan ekonomi yang diluluskan oleh Kongres dengan sokongan bipartisan,” ujar Biden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat