Akibat Perang, EUR/USD Menjunam Hingga 200 Pips Semalam!

412

Peperangan antara Rusia dan Ukraine terus memburukkan seluruh pasaran dunia dengan pencerobohon tentera Rusia ke Ukraine masih lagi diteruskan sehingga hari ini.

Pemimpin-pemimpin dunia terus berbincang dan beberapa negara utama sudah pun mula melancarkan sekatan ke atas Rusia termasuk juga Perancis, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

Pergerakan harga pada pasaran mata wang juga parah dengan US dolar antara yang ketara mendominasi pada dagangan Khamis semalam, namun lebih tidak menentu pada sesi New York dengan ucapan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.

Seperti yang diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah menjunam sehingga hampir 200 pips mencecah paras sekitar 1.11100 pada awal sesi New York semalam.

Ini adalah paras terendah berjaya harga catatkan sejak Mei 2020 yang lalu.

Namun selepas mencecah ke paras terendah tersebut, harga mula pamerkan pengunduran semula dengan meningkat ke paras tumpuan 1.12000.

Walaupun peningkatan turut mencatatkan sehingga 100 pips bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat), penganalisis masih melihat pergerakan harga berada dalam trend bearish yang masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Dengan tumpuan kekal terarah kepada peperangan Rusia-Ukraine, US dolar berkemungkinan akan kembali mengukuh dan menekan harga lebih rendah semula.

Harga yang meneruskan penurunan dilihat akan mensasarkan ke paras terendah terbaru pula menuju zon support 1.10000.

Sebaliknya jika usaha para pemimpin dunia bekerjasama mengekang Rusia, sentimen pasaran yang pulih bakak memberi kesan penyusutan terhadap US dolar dengan lebih ketara.

Harga bakal rancak membuat kenaikan semula melepasi zon rintangan pada 1.12600 untuk isyarat perubahan trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat