Aktiviti Profit-Taking Sebab Bursa Dibuka Lemah Tapi Masih Padu Bak Air Bandung Sejuk Ketika Berbuka

159

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 4.60 mata pada 1,597.81 daripada penutupan Jumaat pada 1,602.41.

Indeks dibuka lemah 0.38 mata pada 1,602.03.

Ia dibuka dalam sentimen berhati-hati bagi aktiviti profit-taking selepas penutupan yang cemerlang pada minggu lepas ekoran perang berterusan di Ukraine dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Amerika Syarikat (AS).

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 178 berbanding 147, manakala 251 kaunter pula tidak berubah, 1,668 tidak didagangkan dan 35 digantung.

Jumlah perolehan pada 175.02 juta unit bernilai RM80.6 juta.

Naib Presiden penyelidik ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata bursa tempatan ditutup tinggi pada Jumaat lalu apabila KLCI menembusi paras 1,600 ekoran aktiviti pembelian saat akhir dari dana asing.

Tambahnya, pasaran Wall Street kekal kukuh pada Jumaat lepas dengan aktiviti bargain-hunting di sebalik laporan suku pendapatan korporat pertama yang lemah.

Selain itu, ia menjangkakan indeks tempatan mungkin berada pada paras 1,595-1,610 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 4 sen pada RM8.94, Public Bank Bhd hilang 1 sen pada RM4.77 dan Petronas Chemicals Group Bhd jatuh 12 sen pada RM9.65 sementara IHH Healhcare Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM6.25 dan RM5.33.

Saham aktif memperlihatkan TWL Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 7.5 sen, Pappajack Bhd lonjak 1.5 sen pada 41 sen, Vortex Consolidated Bhd tambah 1 sen pada 11 sen dan TA Win Holdings Bhd maju 0.5 sen pada 15.5 sen sementara geran TWL warrant kekal pada 4.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBMT 100 susut 16.14 mata pada 11,133.86, indeks FBM Emas kurang 6.87 mata pada 11,464.78 dan indeks FBM Emas Shariah jatuh 9.96 mata pada 12,023.89 sementara FBM 70 naik 44.51 mata pada 13,917.36 dan FBM ACE tambah 23.73 mata pada 5,709.61.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.63 mata pada 205.72, indeks Perladangan menurun 32.33 mata pada 7,916.43 dan indeks Perkhidmatan Kewangan mengurang 5.49 mata pada 16,903.37.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat