“Aku Busy Orangnya, Hidup Mati 24 Jam Seminggu Untuk Kerja” – Elon Musk

6,043

‘Amboi kuat bekerja betul abang Twitter ni ye, patutlah terkaya dunia.’

Elon Musk tampil menerusi sebuah video atas talian (online video call) untuk menyatakan kesibukannya sebagai watak terpenting kepada 5 syarikat.

Pada Persidangan Business 20 (B20), sehari sebelum acara utama Group of 20 Leaders’ Summit (G20), Musk menampilkan diri secara maya dengan mengenakan baju Batik dan sebatang lilin ekoran berlaku blackout di kawasannya.

Dalam video call tersebut Musk mengatakan beliau sentiasa bekerja ‘dari siang ke malam selama 24 jam seminggu’ mengetuai Twitter Inc, Tesla Inc, SpaceX, Neuralink dan Boring Company.

Umumnya, penglibatan diri Musk secara langsung dalam keputusan peringkat kerja dari segi penggayaan kereta ke isu rantaian bekalan telah menggusarkan pelabur.

Selain itu, beliau yang turut dikatakan menjual kepentingan Tesla untuk membiayai pembelian $44 bilion Twitter telah menyaksikan saham syarikat kereta elektrik tersebut susut hampir separuh.

Dalam pada itu, semasa persidangan itu berlangsung Musk turut mengambil kesempatan untuk menjawab persoalan tentang apa yang perlu ahli perniagaan lakukan untuk menjadi ‘Elon Musk of East’.

Secara berseloroh jutawan itu menjawab bahawa bukan mudah untuk menjadi seperti dirinya dan beliau tidak mahu orang lain menyeksa diri untuk menjadi ‘Elon Musk’ dengan kesibukan harian yang tidak berkesudahan.

Beliau juga sempat memberi gambaran mengenai rancangannya bersama Twitter iaitu untuk memperkenalkan cara pencipta kandungan (content creator) jana pendapatan menerusi platform tersebut.

Pada sisi berbeza, G20 yang bertempat di Bali Indonesia akan berlangsung selama 2 hari iaitu 15 serta 16 November 2022 dan akan menghimpunkan 19 negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) bagi membincangkan isu ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat