Alamak! AirAsia X Catat Kerugian RM11.9 Juta Bagi Q2 FY2022

261

‘Rugi, rugi! Mesti pening kepala Tony sekarang ni.’

AirAsia X Bhd (AAX) mencatat kerugian bersih RM11.94 juta bagi suku ke-2 yang berakhir 31 Disember 2021 (Q2 FY2022) dengan hasil sebanyak RM119.31 juta.

Sebagai makluman, tahun kewangan AAX telah ditukar daripada 31 Disember 2020 ke 30 Jun 2021.

Menurut pemfailan Bursa Malaysia, tiada sebarang dividen diisytiharkan, diluluskan atau dibayar pada suku di bawah kajian.

Bagi tempoh 3 bulan sehingga Disember 2021, AAX telah peroleh RM119.4 juta hasil daripada operasi sewa kargo, satu peningkatan 68% daripada suku sebelumnya.

Umur AAX sejumlah 3 pesawat beroperasi pada suku tersebut.

Tambah AAX lagi, ia menjangkakan lebih banyak pesawat akan kembali beroperasi secara berperingkat maka hasil sewa kargo akan terus berkembang, selain turut menjangkakan hasil daripada jualan penumpang akan mencanak ekoran pasaran dibuka semula.

Dalam pada itu, isu penstrukturan semula hutang dan penstrukturan semula korporat syarikat telah memperlihatkan kemajuan pada suku tersebut.

Pada 16 Disember 2021, Mahkamah Tinggi telah meluluskan cadangan penstrukturan semula hutangnya.

Setakat pagi ini AAX didagangkan merah 0.93% pada 53 sen dengan nilai pasaran RM217.74 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat