“Jangan panik semua, mesti ada sebab Kucoin bertindak sedemikian.”
Baru-baru ini, bursa mata wang kripto Kucoin dilaporkan bertindak mengurangkan 30% pekerja mereka disebabkan dasar Know Your Customer (KYC) baharunya yang dikatakan sangat merumitkan, kata wartawan China Colin Wu.
Memang tidak dinafikan KYC adalah bertujuan untuk melindungi para pengguna daripada pelbagai jenayah kewangan, tetapi dasar baharu yang diaplikasikan oleh Kucoin itu telah menjejaskan keuntungan bursanya.
Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi, Kucoin berpangkalan di Seychelles yang telah mengorak langkah sama seperti Binance telah berkata bahawa pemberhentian itu adalah penilaian prestasi biasa semata-mata.
Tambah Kucoin lagi, pasukannya mulai hari ini akan secara aktif menerima pematuhan termasuk memberi tumpuan pada pembangunan perniagaan agar perkhidmatannya dapat diperkembangkan lagi secara global.
Bagaimanapun, Kucoin menafikan khabar angin tentang pemberhentian kerja tersebut sekeras-kerasnya dengan menyatakan bahawa pasukannya sebenarnya berhasrat menambah kakitangan sebanyak 30% dan bukanlah sebaliknya.
Setakat ini, harga KuCoin Token (KCS) melonjak sebanyak 2.36% pada paras $5.90 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $571 juta tetapi masih merekodkan penurunan 4.29% sepanjang minggu lepas.
Pada sisi berbeza, Binance turut didapati memberhentikan beberapa pekerjanya sebagai persediaan dalam menghadapi pertempuran undang-undang panjang dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS).