“Hmmm mungkin adalah sebabnya berbuat demikian.”
Pada hari ini dikejutkan dengan berita mengenai Binance Connect, cabang mata wang kripto buy-and-sell terkawal bursa Binance yang dilaporkan bakal menutup perkhidmatannya pada 15 Ogos 2023.
Didedahkan oleh bursa decentralized berasaskan BNB Chain Biswap, keputusan Binance untuk melumpuhkan Binance Connect adalah sangat sukar susulan para pembekalnya menutup perkhidmatan pembayaran kad sokongan.
Umum mengetahui Binance akan menyemak produk dan perkhidmatan secara berskala untuk memastikan sumber terus tertumpu pada usaha teras yang sejajar dengan strategi jangka panjang mereka.
Dilancarkan pada 7 Mac 2022, Binance Connect yang dahulunya dikenali sebagai Bifinity telah bertindak sebagai penyedia pembayaran fiat kepada kripto yang menghubungkan bursa aset digital dengan sistem kewangan tradisional.
Pada hari sama, Pihak Berkuasa Kelakuan Kewangan (FCA) United Kingdom (UK) menyatakan kebimbangannya terhadap Bifinity yang menyediakan pinjaman convertible* kepada firma pelaburan kripto yang tersenarai di Nasdaq, Eqonex.
*Sama ada akan dibayar balik atau, dalam kebanyakan kes, ditukar kepada ekuiti pada tarikh akan datang
Binance Australia pula menggantung perkhidmatan fiat dan kemudian pada Jun 2023, pengawal selia Jerman menolak permintaan lesen jagaan kripto Binance tetapi ia telah memperoleh lesen itu dengan pengawal selia Dubai.
Namun perlu diketahui Binance kini terlibat dalam litigasi dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan (CFTC) atas dakwaan mengendalikan bursa tidak berlesen di Amerika Syarikat (AS).