Alamak! Harga Emas Jatuh Lagi

2,958

Ketidaktentuan dalam pasaran terus mempengaruhi pergerakan dagangan logam kuning untuk merosot ketika US dolar kembali memaparkan peningkatan pada pembukaan sesi Eropah.

Pada awal sesi Eropah, logam berharga itu merosot pada $1,919 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diniagakan berlegar di sekitar harga $1,925 per auns (2.35 petang waktu Malaysia).

Dagangan dolar greenback kembali meningkat setelah dilemahkan oleh data keyakinan pengguna AS yang kurang memberangsangkan, dengan mencatatkan kejatuhan ke tahap terendah 6 tahun.

Selain itu, kemerosotan dagangan emas turut dipengaruhi oleh sentimen yang meningkat ekoran hubungan dagang AS dan China yang menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam perjanjian perdagangan fasa 1.

Hal ini secara tidak langsung telah mengurangkan selera pelabur terhadap aset safe-haven. Bagaimanapun, dengan kebimbangan terhadap Covid-19 terus membelenggu pasaran membuatkan terdapat pelabur yang masih menguatkan pegangan mereka ke atas logam kuning ini.

Pasaran kini menantikan ucapan Pengerusi Federal Reserve AS (Fed), Jerome Powell di Jackson Hole, yang diharapakan dapat memberikan kejelasan lebih lanjut mengenai pandangan bank pusat AS terhadap inflasi dan dasar monetari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat