Alamak! Huobi ‘Terkena’ Dengan SEC Thailand!

1,612

Nasib bursa perdagangan kripto, Huobi bagai di hujung tanduk apabila Securities and Exchange Commission (SEC) Thailand mencadangkan Menteri Kewangan untuk menarik semula lesen pengoperasiannya.

Perkara itu diumumkan kepada awam pada 4 Ogos melalui kenyataan rasmi di laman web rasmi SEC Thailand.

Buat masa sekarang, SEC merancang untuk menghentikan kesemua perkhidmatan Huobi dan ini menyebabkan bursa itu terpaksa memulangkan semua aset yang diterima kepada penggunanya dalam tempoh tiga bulan.

Mungkin keputusan ini dilihat terlalu mendadak. Bagaimanapun, Huobi sebenarnya telah disiasat oleh SEC Thailand pada awal tahun ini.

Agensi penguatkuasaan itu mendedahkan telah menemui kecacatan dalam struktur pengurusan dan operasi bursa. Penemuan tersebut juga relevan, berdasarkan undang-undang dan pengumuman yang telah ditetapkan oleh penyelia sebelum ini.

Huobi diberi peluang untuk membuat rombakan sehingga 1 April. Namun, tarikh tersebut gagal dipatuhi dan pihak bursa meminta untuk diberi masa tambahan sehingga 31 Ogos. Malangnya, sekali lagi Huobi ‘melanggar’ tempoh yang diberi SEC Thailand.

Selain Huobi, SEC Thailand juga turut mensasarkan Binance dengan tuduhan bursa global itu gagal beroperasi dengan lesen yang sah. Binance juga menerima tamparan daripada Malaysia, Afrika Selatan, United Kingdom (UK), dan Singapura.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat