Alamak! Inflasi Australia Naik Balik, Ini Terjadi Pada Carta AUD/USD

154

Penurunan semula harga berlaku pada carta pasangan mata wang AUD/USD di sesi New York semalam ketika data tinjauan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang memberangsangkan sekaligus menyokong pemulihan US dolar.

Namun pergerakan harga terhad di sesi Asia pagi ini (Rabu) berikutan dolar Australia pula turut disokong oleh bacaan data ekonomi terbaru yang diterbitkan.

Menjadi tumpuan bank pusat, data inflasi pengguna Australia catat peningkatan 3.6% pada Mei mengatasi angka ramalan untuk menurun kepada 3.4%.

Ini dilihat akan menyukarkan laluan Reserve Bank of Australia (RBA) untuk beralih kepada pelonggaran dasar dan terperangkap dalam dilema seperti yang dihadapi Federal Reserve (Fed).

Meneliti carta AUD/USD, harga telah membuat kenaikan ke paras 0.66800 semalam sebelum berundur turun sehingga dagangan di penghujung sesi New York.

Pergerakan harga mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu namun corak penurunan tidak diteruskan di sesi Asia pagi ini.

Sebaliknya ada cubaan kenaikan harga berikutan reaksi data inflasi Australia yang diterbitkan itu, namun kenaikan harga dilihat terhalang di bawah garisan MA50.

Harga berlegar di sekitar 0.66500 dan pelabur kekal memerhati reaksi harga sehingga pembukaan awal sesi Eropah petang ini.

Sekiranya harga merudum jatuh ke bawah, paras sokongan pada 0.66000 dilihat sebagai zon tumpuan terhampir untuk harga uji seperti di penghujung minggu lalu.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menjangkakan harga mencecah pula sekitar 0.65400.

Sebaliknya harga terus melonjak naik di atas garisan MA50, kenaikan harga akan cuba untuk mengatasi ketinggian yang dicapai semalam.

Seterusnya zon rintangan pada 0.67000 akan diperhatikan sebagai zon kritikal buat harga setelah diuji beberapa sebelum ini pada dagangan pertengahan Mei, namun masih kebal dari ditembusi.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat