Alamak! Kadar Pengangguran UK Kembali Meningkat, Apa BOE Nak Buat?

310

Kadar pengangguran UK meningkat buat pertama kali dalam tempoh setahun pada bulan April, tetapi terdapat tanda-tanda bahawa lebih ramai orang kembali bekerja setelah ekonomi dibuka semula dari sekatan Covid-19.

Terbaharu, data rasmi menunjukkan kadar pengangguran meningkat kepada 3.8% dalam tiga bulan hingga April setelah mencatat bacaan 3.7% pada bulan sebelumnya yang juga paras terendah sejak 1974.

Angka yang dicatatkan ini juga meleset daripada jangkaan pasaran untuk turun kepada 3.6%.

Sementara itu, jumlah tuntutan faedah pengangguran pula dilaporkan menurun sebanyak 19,700 pada bulan Mei berbanding jangkaan pengurangan sebanyak 42,500.

Purata pendapatan mingguan UK, tidak termasuk bonus, mencapai 6.8% pada bulan tiga bulan hingga April, tersasar dari jangkaan 7.2% dan turun daripada bacaan sebelumnya pada 7.0%.

Kemerosotan dalam pendapatan UK menunjukkan kuasa pembelian pengguna semakin berkurang di tengah-tengah tekanan inflasi yang menyengat isi rumah di UK.

Mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) pada hari Khamis akan menjadi tumpuan utama pasaran bagi menentukan hala tuju bank pusat itu yang selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat