Alamak! Kenapa Pula Emas Tergelincir Ni?

1,394

Harga emas kembali tergelincir di bawah paras harga $1,800 per auns pada sesi Asia, ketika US dolar mendaki semula dari paras terendah satu minggu berbanding pesaing utamanya.

Spot emas merosot ke sekitar harga $1,795 per auns, setelah susut 0.45% pada awal dagangan Rabu. Niaga hadapan emas pula diniagakan menyusut pada $1,797 per auns.

Indeks dolar naik 0.1% lebih tinggi pada sesi Asia, mengurangkan daya tarikan buat logam berharga emas bagi pemegang matawang lain.

Penganalisis Goldman Sachs telah meningkatkan kemungkinan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengumumkan permulaan untuk mengurangkan pembelian bonnya pada bulan November.

Tumpuan kini diberikan pada ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell di simposium Jackson Hole pada Jumaat ini dan melihat sama ada beliau akan memberikan garis masa mengenai penarikan rangsangan.

Sementara itu, pakar penyakit berjangkit utama AS, Dr Anthony Fauci memberitahu pada Selasa bahawa Amerika akan dapat mengawal wabak Covid-19 pada awal tahun depan sekiranya lebih ramai orang divaksinasi

Ini ekoran kelulusan penuh yang diberikan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) terhadap vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Pfizer dan BioNTech dalam langkah mempercepatkan vaksinasi di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat