Alamak, Menyusut Pula Bursa Pagi Ini

144

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.39 mata pada 1,603.22 daripada penutupan Isnin pada 1,604.61.

Indeks dibuka lemah 0.74 mata pada 1,603.87.

Ia dibuka rendah melanjutkan kerugian semalam ekoran sentimen bearish kekal dalam pasaran selepas menjejaki prestasi semalaman Wall Street.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 270 mengatasi untung pada 96, manakala 216 kaunter pula tidak berubah, 1,671 tidak didagangkan dan 132 digantung.

Jumlah perolehan pada 232.23 juta unit bernilai RM85.87 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan pelabur dijangka melabur dalam sentimen risk-off ekoran prestasi negatif Wall Street terutamanya selepas sesi penjualan pada saham teknologi yang menyebabkan hasil bon naik.

Selain itu, sektor bertemakan pemulihan dilihat menerima manfaat daripada penurunan kes Covid-19 di Malaysia.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) naik 1 sen pada RM8.86 dan Petronas Chemicals Group Bhd tambah 10 sen pada RM10.30 sementara Public Bank Bhd jatuh 1 sen pada RM4.66 dan IHH Healthcare Bhd serta CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM6.40 dan RM5.33.

Saham aktif memperlihatkan CSH Alliance Bhd dan Vortex Consolidated Bhd tambah 1 sen pada 15 sen dan 17.5 sen, China Ouhua Winery Holdings Ltd capai 0.5 pada 9 sen, ATA IMS Bhd naik 3.5 sen pada 47 sen dan Vsolar Group Bhd kekal pada 1 sen.

Di papan indeks, indeks FBMT 100 menghilang 21.78 mata pada 11,121.77, indeks FBM Emas melemah 23.59 mata mata 11,464.36, indeks FBM Emas Shariah menurun 33.75 mata pada 12,081.43, FBM 70 menyusut 76.49 mata pada 13,699.99 dan FBM ACE menjunam 30.19 mata pada 5,764.30.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 0.49 mata pada 213.59, indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 3.47 mata pada 16,752.39 sementara indeks Perladangan meningkat 23.24 mata pada 8,498.20.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat