“Haih kenapalah tiba-tiba bertindak sebegini, apa salah kripto?”
Selepas Singapura, negara Asia Tenggara kedua iaitu Thailand pula melarang bursa mata wang kripto menawarkan perkhidmatan pinjaman dan staking setelah pengawal selianya berhasrat melindungi para pelabur melalui strategi aset digital mereka.
Menurut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Thailand, larangan tersebut adalah untuk perkhidmatan penyimpanan yang menawarkan pulangan kepada pendeposit dan pemberi pinjaman.
Bukan itu sahaja, SEC Thailand turut memperkenalkan mandatory trading risks disclaimer*, di mana mereka mengarahkan rakyatnya kaji dan fahami risiko kripto dengan teliti susulan mereka mampu kehilangan keseluruhan pelaburannya.
*Memaklumkan pengguna tentang potensi risiko kewangan untuk melibatkan diri dalam perdagangan pertukaran asing dan produk derivatif
Susulan peraturan baharu itu akan berkuat kuasa pada 31 Julai 202, pengendali bursa kripto mesti memastikan pengguna mengakui risiko sebelum bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan tersebut tetapi perlu diketahui pengguna layak sahaja dapat melabur dalam aset digital.
Pada sisi berbeza, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) kini memerlukan bursa kripto untuk memindahkan semua aset digital pelanggan ke dalam Trust sebelum akhir tahun ini sebagai sebahagian daripada rancangannya yang ingin mengelakkan risiko seperti isu FTX.
Terdahulu pada November 2022, bursa kripto FTX mengalami keruntuhan setelah FTT iaitu aset digital diasaskannya didapati mempunyai simpanan kira yang buruk dan ia juga dilaporkan menghantar dana pelanggan kepada Alameda Research.
Seluruh pasaran kripto turut menyaksikan kesakitan apabila pengawal selia di seluruh dunia semakin bertindak agresif terhadap aset digital selepas isu FTX tercetus sehingga menyebabkan pelabur semakin gelisah.