Alamak Putin! Huawei Pun Nak ‘Blah’ Dari Rusia?

293

Huawei Technologies Co., Ltd. mungkin akan menyertai syarikat-syarikat luar lain untuk meninggalkan pasaran Rusia.

Menurut Izvestia saluran berita Rusia, firma gergasi teknologi China itu telah menghentikan sepenuhnya semua penghantaran terus telefon pintar ke negara itu, termasuk import tablet, komputer riba dan peranti lain.

Bagaimanapun, pihak Huawei di Rusia berkata bahawa mereka tidak mempunyai maklumat tentang perkara ini.

Awal tahun ini, media melaporkan Huawei mengurangkan operasinya di Rusia dengan berhenti mengambil kontrak baharu untuk membekalkan peralatan rangkaian kepada pengendali di Moscow.

Ini mungkin sebahagian daripada langkah syarikat itu untuk mengelak daripada menjadi sasaran sekatan Barat susulan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Dalam pada itu, hubungan rapat China dan Rusia sememangnya diketahui ramai dan berita mengenai pengunduran Huawei ini pastinya mencetuskan pelbagai persoalan ramai pihak.

Huawei sebelum ini telah menjadi mangsa kepada perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang dicetuskan pentadbiran AS terdahulu iaitu di bawah Presiden Donald Trump.

Ketegangan itu kemudiannya mereda selepas AS mencapai perjanjian perdagangan fasa 1 dengan China dan selepas Presiden Joe Biden mengambil alih pentadbiran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat