Alamak! Thailand Tiba-Tiba Umumkan Sekatan Pembayaran Mata Wang Kripto!

586

Suruhanjaya Keselamatan dan Bursa Thailand telah memutuskan untuk menyekat segala pembayaran menggunakan mata wang kripto berkuatkuasa pada 1 April 2022.

Pengumuman yang dibuat pada hari ini bersandarkan pada dua sebab utama:

  • Penyelewengan wang
  • Kesukaran bank pusat untuk masuk campur dan menawarkan bantuan

Bagaimanapun agensi penyelia Thailand itu menegaskan ia hanya sekatan terhadap pembayaran yang menggunakan aset kripto, tidak melibatkan perdagangan kripto dan aset digital.

Pada masa yang sama, agensi tersebut menyifatkan aset digital gagal menawarkan keefisienan dalam pembayaran pasaran kerana ketidaktentuan dan kos transaksi yang tinggi.

Sebelum ini pihak berkuasa Thailand mengumumkan rancangan untuk menyelia pembayaran aset digital.

Tetapi keputusan terbaru Thailand ternyata berbeza dengan pengumuman hari ini.

Malah mereka juga menetapkan pengecualian cukai nilai tambah (VAT) sebanyak 7% bermula 7 Mac 2022 sehingga 2023 bagi kesemua bursa kripto yang berdaftar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat