Alami Penurunan Keuntungan, TM Optimis Masih Kekal Di Landasan Yang Tepat

254

Telekom Malaysia (TM) pada hari ini mengumumkan bahawa kadar keuntungan bersih syarikat pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 mengalami sedikit penyusutan sekitar 20.44%.

Kumpulan itu memperoleh keuntungan sebanyak RM218.59 juta berbanding RM274.78 juta yang dicatatkan pada sebelum ini berikutan kenaikan kos operasi.

Menurut TM, peningkatan kos operasi merangkumi peruntukan yang diiktiraf sebagai sebahagian daripada inisiatif pengoptimuman tenaga kerja kumpulan.

Selain daripada faktor tersebut, kerugian pada pertukaran mata wang asing juga dilihat mempengaruhi kadar keuntungan yang lebih rendah pada suku kali ini.

Walau bagaimanapun, pendapatan syarikat pamer kenaikan kepada RM2.76 bilion daripada RM2.59 bilion yang disokong oleh peningkatan pendapatan bagi semua perkhidmatan selain daripada perkhidmatan yang tidak berkait dengan telekomunikasi.

Namun pendapatan syarikat telah merosot 1.7% menjadi RM2.76 didorong oleh impak yang diterima ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang diperketatkan pada suku kedua.

Menilai kepada prestasi semasa, TM kekal optimis dalam usaha merealisasikan aspirasi digital nasional dan berkeyakinan tinggi bahawa syarikat itu masih berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 2021.

Pada 3.48 petang, harga saham TM masih tidak berubah untuk kekal pada paras RM6.05 dengan menyaksikan 3.77 bilion saham terbitan dan memiliki permodalan pasaran sekitar RM22.85 bilion.

TM mengatakan bahawa dividen sahamnya tujuh sen akan dibayar pada 30 September 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat