Alaska Kuat Kuasa Undang-undang Untuk Mata Wang Maya!

79

Boleh menjadi ke plan Alaska ni, jangan hangat-hangat tahi ayam sudah la

Negeri terbesar di Amerika Syarikat (AS) Alaska bakal melaksanakan lesen penghantaran wang mulai 1 Januari 2023  yang mewajibkan setiap transaksi syarikat melibatkan mata wang digital perlu mempunyai lesen tersebut.

Negeri Alaska akan meminda peraturan penghantaran wang mereka melalui Kod Pentadbiran tempatan yang diluluskan oleh Bahagian Perbankan dan sekuriti (DBS) untuk menyertakan takrifan “mata wang maya”.

Umumnya, terma “mata wang maya”  adalah berfungsi sebagai medium pertukaran, unit akaun ataupun simpanan nilai*.

*Aset, komoditi atau mata wang yang boleh disimpan, diambil semula dan ditukar pada masa hadapan tanpa merosotkan nilainya.

Rentetan itu, Alaska akan melaksanakan permohonan perlesenan terhadap individu mahupun syarikat yang terbabit dalam aktiviti penghantaran wang bersandarkan mata wang maya mulai awal tahun ini.

Pindaan mata wang maya tersebut turut dimasukkan dalam pelaburan yang dibenarkan, tetapi ganjaran dan token digital permainan online masih belum disertakan dalam kategori mata wang maya.

Walaupun pindaan sedang berada dalam proses,  syarikat  digalakkan untuk mendapat lesen penghantaran wang Alaska sebelum pindaan dibuat.

Suka dimaklumkan juga bahawa Alaska adalah antara sembilan negeri yang terus menawarkan 0% keuntungan cukai modal kepada para pelabur sehingga kini.

Manakala lapan negeri lain yang melaksanakan penawaran serupa adalah daripada Washington, Wyoming, South Dakota, New Hampshire, Nevada, Texas, Tennessee dan Florida.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat