Alert! Ini ‘Hint’ Untuk Mesyuarat Polisi BOJ

488

Bank of Japan (BOJ) bersedia untuk melakukan penyesuaian dasar monetari yang dirancang untuk meningkatkan fleksibiliti dan mempermudahkan fungsi institusi kewangan, lapor media Jepun, Nikkei.

Menjelang mesyuarat polisi BOJ pada hari Jumaat, bank pusat dikatakan akan membolehkan sasaran hasil bon bergerak dalam julat yang sedikit lebih besar sekitar +/- 0.25%, berbanding +/-0.2% sekarang.

Ini bertujuan bagi mempertahankan kadar faedah yang rendah sambil mendorong pasaran berfungsi secara normal dengan memberi peluang kepada institusi kewangan untuk meningkatkan pendapatan.

BOJ juga akan menghapuskan sasarannya untuk membeli dana yang diperdagangkan di bursa (ETF), yang bernilai ¥ 6 trilion setahun, dan sebaliknya berjanji untuk melakukan pembelian tersebut hanya ketika berlaku pergolakan dalam pasaran.

Sementara itu, pada mesyuarat bulan Disember, BOJ mengatakan bahawa pihaknya akan melakukan kajian semula dasar. Kesimpulannya dijangka akan didedahkan setelah berakhirnya pertemuan pada hari Jumaat.

Susulan daripada berita ini, hasil bon kerajaan 10 tahun Jepun meningkat kepada 0.115%, di mana ia telah mendorong matawang yen untuk naik berbanding US dolar. Sementara saham bank Jepun juga melonjak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat