Alice, diilhamkan daripada permainan seperti Animal Crossing ini secara senyap menunjukkan pergerakan harga yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.
Token ALICE kini berada dalam trend bullish. Khususnya, menghasilkan 200% dalam tempoh seminggu sahaja dan kini telah menjadi buruan para pelabur.
Lagi menarik perhatian, Alice bakal melancarkan siri NFT Midsummer yang akan disenaraikan di Binance NFT pada 30 Julai ini.
Get ready as Midsummer @TheBinanceNFT x ALICE NFT Festival is coming your way!
Mark your calendars for July 30, FRIDAY 11AM UTC, Neighbors.
🤩 Get a chance to own Exclusive NFTs plus in-game items with our Mystery Baskets!
Learn more here: https://t.co/aCfkh8W3x7#NFT pic.twitter.com/A0tPhsdkKX
— Alice (@MyNeighborAlice) July 26, 2021
Menarik untuk dilihat pada carta ALICE/USDT.
Sewaktu artikel analisa Alice dikeluarkan pada Jun lalu, Alice didagangkan sekitar harga $4.3, namun secara konsistennya Alice telah menghasilkan lebih 200% lonjakan dengan paras tertinggi $12.7 dicatatkan beberapa hari yang lalu.
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga ALICE sedang memberikan isyarat yang jelas untuk memperolehi kenaikan yang lebih tinggi dan telah melepasi zon RBS (resistance become support) sekitar harga $11.
Sekiranya pergerakan harga kekal dengan trend bullish, zon SBR (support become resistance) sekitar harga $15 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Namun jika pergerakan harga kembali menyaksikan trend bearish, zon RBS sekitar harga $11 tersebut bakal diuji kembali sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.
Semasa penulisan, Alice didagangkan pada harga sekitar $12 melonjak lebih 15% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto ALICE/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.