Alphabet & Microsoft Raih Keuntungan Tinggi, Kenapa Saham Di Wall Street Boleh Jatuh?

269

Berdasarkan petunjuk daripada Wall Street, kedua-dua syarikat Alphabet dan Microsoft melaporkan hasil pendapatan yang melebihi anggaran. Namun, saham-saham mereka turun dalam sesi dagangan hari ini.

Dari sudut pandang pelabur, pergerakan saham ditetapkan mengikut had kesempurnaan. Saham Alphabet meningkat sebanyak 56% pada tahun ini dan mencapai tahap tertinggi terbaru minggu lepas. Ia melampaui rekod sebelumnya pada penghujung 2021 di saat berlakunya kemajuan teknologi.

Microsoft pula naik sebanyak 70% dalam tempoh 12 bulan dan mencapai tahap tertinggi baru-baru ini dan mengalahkan Apple sebagai syarikat awam yang paling bernilai tinggi.

Kedua-dua syarikat ini mula meraih lonjakan dalam pasaran selepas menerapkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan mendapat sokongan positif daripada pemegang saham mereka kerana usaha penjimatan kos dan menghapuskan ribuan pekerjaan secara drastik.

Menjelang minggu laporan pendapatan mereka, para pelabur yang membeli saham kedua-dua kumpulan itu meletakkan harapan yang tinggi. Namun, ramai antara mereka kecewa selepas pergerakan di Wall Street menunjukkan kejatuhan.

Pada Selasa, Alphabet melaporkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 13% yang merupakan perkembangan terpantas sejak awal 2022. Hasil jualan bernilai $86.31 bilion melampaui anggaran purata sebanyak $85.33 bilion. Keuntungan setiap saham pula adalah sebanyak $1.64 melebihi anggaran 5 sen.

Pendapatan Microsoft pula naik sebanyak 18% kepada $62.02 bilion melampaui anggaran purata iaitu sebanyak $61.12 bilion. Keuntungan setiap saham adalah sebanyak $2.93 melebihi konsensus 15 sen.

Kedua-dua syarikat juga melebihi jangkaan dalam perniagaan mereka dengan Google Cloud melaporkan pertumbuhan sebanyak 25% dan Azure serta perkhidmatan cloud lain yang lebih besar milik Microsoft berkembang 30%.

Namun, Alphabet menghadapi masalah dalam pengiklanan di Google. Menurut analisis Stifel, Alphabet menghasilkan pengiklanan yang sihat tetapi masih tidak mencukupi.

Brian Wieser, seorang analisis di Madison dan Wall menyatakan bahawa pasaran mempunyai jangkaan yang tidak realistik terhadap Google berdasarkan saiz dan dominasinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat