“Hmm harapnya begitulah, tapi korang jangan yakin sangat.”
Michael van de Poppe, penganalisis mata wang kripto diikuti secara meluas memaklumkan kepada 663,800 pengikut dalam akaun X miliknya bahawa altcoin bakal bangkit semula daripada kejatuhan dihadapinya baru-baru ini.
Namun, altcoin lebih cenderung untuk berada dalam momentum bearish dalam lapan hingga 10 bulan sebelum acara halving BTC berlaku, di mana ia adalah satu tempoh apabila kebanyakan berpandangan negatif tentang pergerakan harga kripto, ulas Poppe lagi.
Suka dimaklumkan bahawa para pedagang sentiasa memantau dengan teliti carta pasangan dagangan Bitcoin (BTC) pada Ethereum (ETH) susulan ia sering kali menunjukkan pergerakan lebih besar dalam pasaran altcoin.
Rentetan itu, Poppe menjangkakan altcoin bakal muncul daripada aliran menurun dalam beberapa bulan akan datang susulan sebelum ini harga altcoin berjaya melepaskan diri daripada pergerakan bullish pada tahun 2019 dan 2015.
Memang tidak dinafikan banyak pelabur takut tentang kemelesetan atau lebih banyak disebut sebagai recession, tetapi Poppe sungguh yakin bahawa seluruh pasaran kripto akan melonjak tinggi ketika peristiwa tersebut berlaku.
Beliau turut mendorong pelabur untuk beli altcoin sebanyak mungkin sekiranya mereka masih belum ada dan memegang aset digital tersebut selama dua tahun.
Pada masa ini, harga beberapa altcoin seperti Cardano (ADA) telah mencatatkan penyusutan 2.28% pada paras $0.26 dalam tempoh 24 jam lalu manakala Solana (SOL) pula tergelincir sekitar 1.08% pada $21 dengan modal pasaran $8 bilion.