Altcoin Diserang Panik, Korea Selatan Nak Periksa 600 Token!

384

“Haih pelaksanaan akta pun belum lagi korang dah menggelabah, jangan la macam tu.”

Pihak berkuasa Korea Selatan yang mengumumkan rancangannya bagi menyemak 600 mata wang kripto domestik setiap suku tahun mulai bulan depan telah mengakibatkan pasaran altcoin mengalami penerjunan drastik.

Hal ini kerana para pelabur yang panik telah bertindak menjual pegangan altcoin mereka menjelang pelaksanaan Akta Perlindungan Pengguna Aset Maya (Akta Aset Maya) yang bertujuan menyediakan rangka kerja berstruktur untuk transaksi aset maya dan melindungi pengguna.

Rentetan itu, kira-kira sepuluh coins didagangkan berbanding won Korea di bursa kripto Upbit telah mengalami penurunan 10% hingga 20% dan perlu diingatkan aset digital bermasalah mampu menghadapi penyahsenaraian.

Kritikan semakan meliputi aspek formal iaitu kredibiliti pengeluar, perlindungan pengguna, keselamatan teknologi dan pematuhan peraturan termasuk aspek kualitatif yang melihat jumlah bekalan, rancangan pengedaran serta sebarang perubahan rancangan perniagaan.

Selain membantu mewujudkan piawaian penyenaraian bersatu bagi bursa kripto, perkhidmatan Penyeliaan Kewangan menjelaskan maklumat berkenaan adalah bahan tambahan dikemukakan kepada Perhimpunan Negara apabila Akta Aset Maya diluluskan.

Memang tidak dinafikan pihak berkuasa kewangan mengawasi pengendali aset maya, tetapi mereka tidak menyemak secara langsung token individu.

Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan menggesa pelabur menyedari risiko susulan ramai pelabur altcoin kekurangan maklumat yang betul berhubung pelaburannya, oleh itu mereka harus mementingkan pelaburan yang bertanggungjawab.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat