Altcoin Semakin Rancak, Kini Ripple Bekerjasama Dengan American Express

159

Salah satu daripada alternatif koin (altcoin) kepada Bitcoin, Ripple melonjak kepada US$0.4466 di pusat tukaran Poloniex setakat pukul 4.05 petang pada Rabu. Nilai Ripple meningkat 82% sejak seminggu lalu dan kini kembali ke tangga keempat dalam pemegang modal pasaran terbesar di belakang Bitcoin Cash dan Etherium.

Pada nilai semasa jumlah modal pasaran kini adalah US$17.09 billion menurut CoinMarketcap.

Ripple mendapat faedah daripada kenaikan keseluruhan pasaran matawang digital dengan Bitcoin melepasi paras harga $17,000. Modal pasaran keseluruhan matawang-Crypto setakat ini adalah $492 billion.

Pemangkin positif kepada kenaikan Ripple bukan hanya datang daripada niaga-hadapan (futures) Bitcoin. Ripple  yang berpangkalan di San Francisco baru-baru ini mengesahkan kerjasama dengan American Express. Tindakan oleh American Express (AMEX) ini adalah untuk penyelesaian kejatuhan kecairan dalam transaksi kewangan mereka dengan menawarkan pembayaran berasaskan blockchain.

Etherium dan Litecoin turut membuat kenaikan ke paras tertinggi pada Selasa selepas pembukaan niaga hadapan (futures) CBOE pada Ahad.

Menurut laporan Nikkei Asian Review, bank di Jepun dan Korea Selatan akan mula menguji teknologi blockchain Ripple pada Jumaat. Ujian ini adalah untuk mencapai transaksi kewangan pada hari yang sama serta mengurangkan kos transaksi sebanyak 30%.

SBI Ripple Asia mengetuai kumpulan 61 buah bank Jepun yang akan menguji teknologi blockchain Ripple. Manakala DAYLI Intelligence akan membawa sekumpulan bank daripada Korea Selatan. Jika berjaya blockchain Ripple ini akan digunapakai untuk membuat transaksi di antara Jepun dan Korea Selatan seawal tahun depan. Dengan menggunakan Ripple untuk transaksi dana akan menjimatkan bank dan pelanggan mereka sebanyak 60% jika dibandingkan dengan kaedah konvensional.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat