Amaran Buat Trader, GBP/USD Sedikit Tergelincir Bawah $1.2600

324

Pelabur menilai kecederungan pergerakan bearish buat harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD apabila paras sokongan pada 1.26000 diuji semalam.

US dolar tampak kukuh di sesi New York walaupun data pekerjaan JOLTS hadir dengan angka yang lebih perlahan berbanding ramalan.

Data tinjauan ISM sektor perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) pula catat bacaan meningkat, dilihat memberi sokongan US dolar untuk teruskan pengukuhan dari awal minggu.

Sejak minggu lalu harga pada carta GBP/USD dilihat bergerak mendatar dalam julat 100 pips di bawah paras rintangan 1.27000 dan di atas paras sokongan 1.26000.

Pergerakan harga semalam kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut membuatkan pelabur berhati-hati sebagai isyarat bearish.

Penurunan harga berlaku di sesi New York dan harga dilihat sedikit menembusi paras sokongan 1.26000 dan harga mendatar di bawahnya sehingga penutup sesi tersebut.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu), kenaikan perlahan diperlihatkan untuk harga berada semula di atas paras 1.26000 namun masih kekal di bawah halangan MA50.

Berkemungkinan harga boleh susut semula di bawah 1.26000 untuk menyambung penurunan lebih rendah yang akan menjadi isyarat bearish harga dan amaran untuk kejatuhan selanjutnya.

Sasaran adalah untuk mencecah kembali sekitar 1.25000 atau jika harga tembus lebih rendah, paras 1.24000 pula akan menjadi tumpuan untuk dituju harga.

Sebaliknya jika lonjakan kembali dipaparkan, harga yang menembusi semula halangan MA50 akan menjangkakan kenaikan menuju 1.27000 untuk kembali menguji zon rintangan tersebut.

Jika berjaya tembus lebih tinggi, harga bakal menyambung trend bullish sebelum ini sambil mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat