Emas tersungkur rendah ketika matawang gergasi US dolar meluaskan penguasaannya dalam pasaran dan hasil perbendaharaan AS yang lebih tinggi.
Lonjakan US dolar susulan berita mengenai Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mencalonkan Jerome Powell sebagai Pengerusi Federal Reserve (Fed) untuk penggal kedua telah mendorong junaman emas menghampiri paras harga $1,800.
Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan di sekitar harga $1,808 per auns, iaitu pada tahap terendah dua minggu. Niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,809 per auns.
Dengan pencalonan ini, ia menguatkan lagi jangkaan bahawa bank pusat mungkin menaikkan kadar faefdah lebih awal untuk mengekang inflasi yang semakin meningkat tinggi.
Sementara hasil bon AS 10 tahun juga meningkat tinggi pada 1.63%, ketika pelabur melihat keputusan ini sebagai positif untuk menormalkan dasar monetari selanjutnya.
Emas sebelum ini telah mendapat keuntungan daripada data inflasi yang tinggi dan dasar monetari yang longgar, tetapi sebarang kenaikan kadar atau pengetatan boleh menyebabkan kurangnya daya tarikan terhadap logam berharga itu.
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap Covid-19 di Eropah memegang logam berharga itu dari jatuh lebih rendah walaupun manfaat sebagai safe-haven lebih banyak dikaut oleh matawang USD.