Amaran Inflasi IMF Ini Buatkan Bank Pusat Bertindak Lebih Awal?

345

IMF telah mengeluarkan amaran pada hari Selasa bahawa terdapat bukti sokongan bahawa risiko inflasi adalah lebih dari sekadar sementara waktu dan berkemungkinan mendorong bank pusat untuk mengambil tindakan lebih awal.

Isu inflasi pada ketika ini menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pedagang dan pelabur. Di Amerika Syarikat (A.S), indeks harga pengguna adalah 5.4% pada bulan Jun iaitu pertumbuhan terpantas dalam hampir 13 tahun. Di UK, kadar inflasi mencapai 2.5% pada bulan Jun, tahap tertinggi sejak Ogos 2018 dan melebihi sasaran Bank of England sebanyak 2%.

Sebahagian penganalisis melihat tekanan harga ini sebagai suatu yang sementara. Menurut mereka, paras inflasi ini akan kembali ke tahap semasa dikecapi pada pra pandemik pada tahun 2022 nanti.

Walaubagaimanapun IMF memberi amaran bahawa ketidakpastian masih tetap tinggi. Tambah IMF, terdapat risiko bahawa lonjakan harga mungkin akan berlarutan dan bank pusat mungkin perlu ambil tindakan lebih awal.

Harga yang lebih tinggi meningkatkan peluang bahawa bank pusat akan mulai mengekang dasar monetari mereka yang sangat akomodatif, seperti pengurangan rangsangan.

Pada awal bulan ini juga, Ketua Rizab Persekutuan A.S. Jerome Powell mengatakan bahawa pasaran pekerjaan “masih jauh” daripada tahap yang diinginkan oleh bank pusat. Beliau turut menyatakan bahawa inflasi “kemungkinan akan tetap meningkat dalam beberapa bulan akan datang”.

Disisi yang lain, ketua ekonomi IMF, Gita Gopinath mengatakan bahawa gangguan bekalan yang lebih berterusan dan kenaikan harga perumahan yang mendadak adalah beberapa faktor yang boleh menyebabkan inflasi yang tinggi secara berterusan.

Justeru terdapat kebarangkalian inflasi akan terus meningkat hingga tahun 2022 di beberapa negara-negara ekonomi yang sedang berkembang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat