“Parah betul, kenapa pula altcoin pelanggan pula jadi mangsa untuk dijual?”
Susulan pasaran mata wang kripto semakin mengalami tekanan jualan agak tinggi, syarikat pemberi pinjaman aset digital bankrap Celsius Network LLC yang melancarkan Pelan Penyusunan Semula dilaporkan ingin jual semua altcoin pelanggannya tetapi tidak termasuk pegangan akaun custody.
Umum mengetahui bahawa proses tersebut akan bermula pada 1 Julai 2023 dan jumlah yang diperoleh semula daripada jualan altcoin itu akan ditukar kepada Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).
Sudah sedia maklum langkah tersebut telah dilaksanakan sejurus selepas syarikat pemberi pinjaman kripto itu mengumumkan akan memilih cadangan Fahrenheit bagi mengendalikan entiti baharu untuk dimiliki oleh para pemiutangnya.
Pun begitu, David Adler, rakan kongsi McCarter & English mendedahkan segmen peminjam diwakili oleh beliau dalam kes itu mungkin memfailkan bantahan terhadap rancangan tersebut susulan Celsius mungkin tidak mengembalikan cagaran mereka.
Tambah Adler lagi, penghutang menuntut pembayaran balik pinjaman tetapi mereka sama sekali tidak berhasrat untuk melaksanakan obligations kontraknya.
Beliau turut menyatakan bahawa cadangan Celsius melanggar kedua-dua undang-undang pinjaman pengguna negeri dan persekutuan, oleh itu Adler akan menentang sekeras-kerasnya rancangan tersebut di mahkamah.
Dalam pada itu, lanjutan exclusivity selanjutnya tidak perlu dilakukan susulan tiada sebarang komunikasi dijalankan dari Celsius kepada peminjam selama enam atau tujuh minggu lepas.