Amazon Bakal Labur RM25.5 Bilion Dalam Malaysia

490

Selepas Tesla, Amazon pula menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia melalui Amazon Web Services (AWS).

Bagi mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan cloud-nya di negara ini, AWS akan melabur sebanyak $6 bilion (RM25.5 bilion) sehingga 2037.

Platform cloud AWS menawarkan lebih daripada 200 perkhidmatan, termasuk storan, robotik dan kecerdasan buatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpeluang menjadi pusat data dan hab digital Asia Tenggara hasil daripada pelaburan teknologi antarabangsa terbesar itu.

Bukan itu sahaja, dengan akses kepada infrastruktur AWS yang mempunyai teknologi termaju ke Malaysia, ia akan membuka jalan untuk perniagaan tempatan berkembang di peringkat global.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Zafrul turut menyambut baik langkah tersebut dengan mengatakan ia mencerminkan reputasi negara sebagai destinasi pelaburan pilihan dalam senario teknologi global.

Ini merupakan berita baik buat Malaysia dan ekonomi keseluruhan dalam menarik pelaburan asing.

Terdahulu pada hari Rabu, Tesla juga diumumkan akan membuka ibu pejabatdan membina rangkaian stesen pengecasan untuk kenderaannya di negara ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat