Amazon GO – Pasaraya Masa Hadapan Tanpa Juruwang Dan Beratur

695

Pada hari Isnin 22/1, Amazon telah membawakan satu revolusi dalam dunia e-commerce. Setelah 5 tahun dalam proses pembangunan, akhirnya pasaraya tanpa juruwang dan perlu beratur, Amazon Go berjaya dibuka secara rasmi semalam di Amerika Syarikat.

Amazon Go merupakan pasaraya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan dilengkapi dengan rekabentuk yang menarik dan keadaan yang selesa. Amazon Go secara dasarnya berfungsi seperti pasaraya yang lain dengan menawarkan produk produk makanan, minuman, barangan dapur dan sebagainya. Produk ini dikeluarkan oleh Amazon.

Penggunjung atau pengguna perlu memuat turun aplikasi Amazon Go terlebih dahulu di telefon bimbit masing-masing. Aplikasi tersebut akan dihubungkan dengan kad kredit pengguna sehingga setiap barang yang dibeli akan dipotong langsung.

Tanpa aplikasi tersebut, pengguna tidak dapat memasuk pasaraya Amazon Go. Sistem yang digunakan adalah seperti sistem komuter, LRT atau KTM.

 

Yang paling menarik, pengguna tidak perlu berhenti apatah lagi beratur semasa ingin melakukan pembayaran. Pembayaran automatik akan dilakukan ketiga pengguna keluar melewati pintu.

Idea Amazon Go terbit daripada perbualan kosong pada 5 tahun lalu dengan bertujuan untuk menyeleasaikan masalah beratur semasa membeli. Pada tahun 2016, konsep Amazon GO pertama kali diperkenalkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat