“Habislah peruncit AS semua, kena ugut dibom.”
Peruncit Amerika Syarikat (AS) Kroger, Target, Walmart, Amazon Whole Foods Market dan lain-lain menerima ancaman termasuk diugut akan dibom jika tidak beri wang tebusan dalam bentuk kad hadiah, eBitcoin (BTC) atau wang fiat.
Ancaman tersebut telah berterusan selama beberapa bulan dan agensi penguatkuasaan undang-undang kini sedang menyiasatnya.
Dilaporkan, beberapa kedai di New Mexico dan Wisconsin yang terjejas disebabkan ancaman bom sedemikian membawa makna bahawa ia adalah kejadian luar biasa dan merupakan bentuk pemerasan terbaharu disasarkan kepada peruncit.
Seorang pekerja dari Whole Foods Market di pinggir bandar Chicago menerima panggilan daripada penipu yang menuntut BTC bernilai $5,000.
Menurut pemanggil, bom paip telah diletakkan di dalam stor dan diletupkan jika wang tebusan tidak dibayar manakala di New Mexico, penipu itu bukan sahaja meminta wang disalurkan kepadanya malah bom akan diletup sekiranya melibatkan polis.
Kenyataan polis mendedahkan bahawa menjejaki penipu melalui nombornya telah terbukti gagal susulan nombor biasanya disekat dan setakat ini tiada siapa yang dapat memastikan sekiranya nombor itu disambungkan.
Meskipun begitu, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan dan negeri untuk menangkap penipu tersebut.
Kedai-kedai yang disasarkan ini dinasihatkan untuk mengambil panggilan tetapi pada masa sama tiada bayaran harus dibuat kepada pemanggil tersebut, namun pekerja harus cuba mengumpulkan maklumat mencukupi daripada pemanggil.