Amazon Keluarkan Siri Dokumentari NFTMe!

237

Demi memfokuskan teknologi digital kini yang kian berkembang, syarikat gergasi Amazon tanpa berlengah mengorak langkah memperkenalkan siri dokumentari Amazon untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang koleksi non-fungible token (NFT).

Diperjelaskan, siri yang dinamakan NFTMe itu telah menampilkan artis ataupun collectors untuk berkongsi pengalaman mereka mengenai NFT dan kesan positif dalam kehidupan sehariannya setelah seni serta teknologi bergabung.

Antara individu terpilih yang akan menyertai NFTMe ialah penyanyi Amerika Syarikat (AS) Susaye Greene dari The Supremes, Ratu Diambi Kabatusuila dari Republik Demokratik Congo, artis digital SpaceX dan NASA Refik Anadol serta penerbit muzik Madonna Peter Rafelson.

Suka dimaklumkan bahawa episod pertama akan memaparkan perjalanan komuniti NFT, influencer yang baru menyertai teknologi blockchain dan tidak dilupakan juga penerangan Permaisuri Congo Diambi tentang rakyatnya yang memiliki pemikiran Web3.

Sementara episod kedua pula akan diisi dengan penceritaan oleh Refik Anadol yang berjaya mencipta seni melalui NASA dan bagaimana permintaan Eminem dari 20 tahun lalu membawa kepada perjalanan NFT.

Diikuti juga dengan episod seterusnya yang menyaksikan kaedah yang digunakan jenama terkemuka untuk mendalami NFT, kesan sosial transformasi digital, rintangan metaverse dan peranan NFT secara global.

Maklumat terbaru dilaporkan bahawa NFTMe sedang distrim di Amazon Prime di AS dan United Kingdon (UK) sahaja, namun siri itu akan dilangsungkan di seluruh dunia menjelang 2023, ulas penerbit filem Tech Talk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat