Amazon Sedang Beralih Ke Teknologi Blockhcain Melalui Kerjasama Ini.

226

Teknologi pengkomputeran awan Amazon sedang mencari jalan untuk memudahkan pelanggan mereka menggunakan blockchain melalui dengan kerjasama yang terbaru ini pada hari Selasa.

Syarikat pengkomputeran awan terbesar tersebut akan bekerjasama dengan sebuah syarikat start up Kaleido. Kaleido merupakan antara syarikat yang memandu inkubator blockchain yang dikenali sebagai Consensys. Syarikat mempunyai matlamat untuk memberi pengguna Amazon Web Services (AWS) untuk mendapatkan teknologi yang sama berasaskan bitcoin.

Steve Cerveny, pemilik syarikat Kaleido berpendapat, mereka kini dapat menumpukan pada senario sebenar dan tidak memerlukan PHD dalam kriptografi, kami menawarkan sebuah platform mudah untuk mereka membina syarikat yang berorientasikan blockchain.

Memperkenalkan Kaleido kepada pengguna AWS akan membantu pengguna agar dapat bergerak lebih pantas dan tidak perlu khuatir dengan pengurusan blockchain mereka. Kata AWS. Ia merupakan Blockchain SaaS pertama yang ada dalam pasaran AWS dan hal ini akan membantu mereka dalam menerajui projek blockchain.

AWS merupakan subsidari daripada syarikat Amazon yang menawarkan langganan berbayar untuk platform pengkomputeran awan baik kepada individu, syarikat dan kerajaan.

Menurut Cerveny, Kaleido dan ASW akan menggunakan blockchain Ethereum dan ini merupakan langkah besar bagi sebuah syarikat besar melibatkan diri dalam Blockchain.

Amazon kini akan mengikut jejak langkah Microsoft dan Facebook yang kini sedang mengeksplorasi teknologi blockchain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat