Amazon ‘Skodeng’ Penggubal Undang-undang EU?

187

Penggubal undang-undang di Kesatuan Eropah(EU) telah menulis sepucuk surat kepada CEO Amazon, Jeff Bezos serta mempersoalkan adakah syarikat tersebut mengupah ejen perisik untuk mengintip ahli politik, ahli kesatuan sekerja, dan anggota kakitangan mereka.

Surat berkenaan telah ditulis oleh Leïla Chaibi, seorang ahli politik Perancis dari parti La France Insoumise, serta ditandatangani oleh 36 anggota parlimen (Anggota Parlimen Eropah) dari kebanyakan parti sayap kiri dan hijau di seluruh EU.

Selain itu, ianya dikemukakan setelah Amazon menghapuskan 2 tawaran pekerjaan mengenai penganalisis perisikan. Menurut catatan tersebut, pekerjaan tersebut melibatkan pemantauan Amazon terhadap kesatuan sekerja dan pemimpin politik yang bermusuhan didakwa sebagai ancaman kepada syarikat itu.

Sekiranya diupah, para penganalisis akan ditugaskan untuk mengumpulkan maklumat mengenai sebarang ancaman dalaman dan luaran kepada Amazon dan melaporkan data tersebut kepada para pemimpin di seluruh organisasi.

Iklan pekerjaan itu mengatakan bahawa para penganalisis akan bertanggungjawab untuk mengumpulkan maklumat mengenai isu sensitif yang sangat sulit, termasuk pekerja yang memberi ancaman terhadap syarikat itu, pendanaan dan aktiviti yang berkaitan dengan kempen korporat terhadap Amazon, serta taklimat mengenai situasi getir termasuk protes, krisis geopolitik dan topik lain yang merangkumi sumber manusia dan hubungan pekerja.”

Di samping itu, iklan itu ditujukan kepada calon yang memiki pengalaman ketenteraan, law enforcement, atau kedua-duanya yang berpusat di Phoenix, Arizona, dan pegawai tersebut akan menjadi sebahagian daripada Program Perisikan Global Operasi Keselamatan Global Amazon.

Namun begitu, Amazon mendedahkan bahawa iklan itu tidak memberi gambaran yang sebenar mengenai pekerjaan tersebut dan telah pun diperbaiki.

Tambahnya lagi, syarikat itu menegaskan bahawa ia tidak mahu kakitangannya mengintip kumpulan pihak ketiga. Sebaliknya, syarikat itu mengatakan bahawa pihak penganalisis ingin meneliti maklumat yang sedia ada secara terbuka untuk memahami persekitaran di mana ia beroperasi.

Walau bagaimanapun, kesatuan sekerja minggu lalu mengatakan bahawa Suruhanjaya Eropah, cabang eksekutif EU, harus menyiasat sama ada pemantauan pekerja Amazon adalah sah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat