Ambil Kesempatan USD Yang Lemah, EUR/USD Terus Gah Melonjak

689

Sementara tumpuan pasaran terarah pada lonjakan Bitcoin menuju ke paras harga $50,000, pasaran kewangan menyaksikan US dolar semakin bergerak susut sejak permulaan dagangan awal minggu ini.

Sitauasi ini telah kembali memberi ruang kepada mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk meningkat.

Peningkatan yang baik pada pasaran saham dan juga hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat dilihat telah menambah pedih kepada dagangan US dolar.

Seperti yang dipamerkan pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan kenaikan sejak awal minggu dan berterusan sehingga ke sesi New York semalam.

Kenaikan harga telah melepasi zon SBR (support become resistance) 1.20900-1.20550 dan juga telah bergerak di atas paras 1.21000.

Setelah mencapai paras ketinggian pada 1.21200, pergerakan harga mula perlahan pada dagangan yang bersambung di awal sesi Asia pagi ini (Rabu).

Kenaikan harga dilihat akan diteruskan untuk harga menuju ke paras 1.21500 dan menguji zon rintangan tersebut.

Harga yang berjaya kekalkan momentum pada trend bullish tersebut dijangka akan membuat kenaikan sehingga ke paras tumpuan pada 1.22500 semula.

Namun jika penurunan harga berlaku, zon RBS di bawah paras 1.21000 akan diuji semula yang akan menghalang penurunan lebih rendah dan menyambung kenaikan semula.

Sekiranya harga terus jatuh lebih rendah, paras 1.2000 akan menjadi tumpuan sebelum harga menguji pula paras support minggu lalu sekitar 1.19500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat