Amboi Elon Musk, Nak Jadi Penyelamat SVB?

523

Ketika dunia kecoh dengan isu keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB), Ketua Pegawai Eksekutif Twitter dan Tesla, Elon Musk menyatakan kesediaannya untuk menyelamatkan bank itu.

Ini susulan satu ciapan yang mencadangkan Twitter untuk membeli SVB dan menjadikannya sebagai sebuah bank digital.

Membalas kepada cadangan demikian, Musk mengatakan beliau terbuka kepada idea tersebut.

Jutawan dunia itu sebelum ini telah membeli aplikasi media sosial Twitter pada tahun 2022 dengan nilai $44 bilion.

Kegagalan SVB telah mencetuskan panik di seluruh dunia sejak minggu lalu, menyebabkan pengawal selia California terpaksa menutupnya untuk mengawal keadaan.

Ekoran daripada krisis itu juga, ia telah menimbulkan impak terhadap institusi perbankan lain seperti Signature Bank New York untuk mengalami nasib yang sama.

Bagaimanapun, kerajaan Amerika Syarikat dan Federal Reserve (Fed) hadir dengan langkah baharu pada hari Isnin untuk meredakan kebimbangan dunia.

Difahamkan, semua pelanggan SVB akan mempunyai akses kepada deposit mereka bermula hari ini, dan pendeposit Signature Bank juga akan dibayar sepenuhnya tanpa kerugian kepada pembayar cukai.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat