Amerika Dalam Bahaya Jika Mogok Ini Berlaku!

570

Bekalan makanan Amerika Syarikat boleh terjejas susulan mogok yang akan dilancarkan oleh pekerja kereta api, berpotensi melonjakkan harga runcit dan mengehadkan eksport bijirin negara itu.

Dua kesatuan sekerja utama yang mewakili pekerja di landasan kereta api kargo AS sedang berunding mengenai kontrak untuk 60,000 pekerja yang menuntut lebih banyak peruntukan kehidupan berkualiti.

Sekiranya perjanjian tersebut tidak dapat dicapai pada Jumaat, pekerja akan mogok dan ini boleh memburukkan lagi masalah rantaian bekalan yang sudah sedia terjejas.

Persatuan Kereta Api Amerika memberi amaran bahawa penutupan operasi kereta api boleh menelan belanja $2 bilion sehari dan 20% daripada semua penghantaran bijirin boleh terjejas.

Malah, pada ketika ini pun kebanyakan kereta api utama AS telah berhenti menerima penghantaran baru baja dan bahan lain, menurut Justin Louchheim pengarah kanan hal ehwal kerajaan di The Fertilizer Institute.

Naib presiden kanan perhubungan kerajaan dan hal ehwal awam di American Bakers Association, Lee Sanders mengatakan gangguan jangka pendek ini boleh mewujudkan kesan yang dahsyat.

Sekiranya petani tidak menerima baja, ia akan mengakibatkan hasil tanaman yang lebih rendah, mendorong lonjakan harga makanan dan meningkatkan lagi tekanan inflasi.

Buat masa ini, White House sedang mencari inisiatif lain untuk keluar daripada krisis ini, di mana pegawai pentadbiran kini sedang berkomunikasi dengan syarikat perkapalan laut, trak dan pengangkutan udara bagi memastikan penghantaran kekal berjalan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat