Amerika Nak Haramkan Import Minyak Rusia? Patutlah Harga Mencanak!

751

Harga minyak mentah dunia melonjak lebih 10% pada pembukaan dagangan hari Isnin di tengah kebimbangan terhadap risiko pengharaman Barat terhadap import minyak Rusia yang diburukkan lagi oleh kelewatan dalam rundingan nuklear Iran.

Penanda aras minyak mentah Brent melantun lebih 15% pada awal sesi Asia, membawanya mencecah paras harga $139 setong sebelum mengurangkan beberapa keuntungan untuk didagangkan pada sekitar $128 setong.

Dagangan WTI Amerika Syarikat pula meningkat hampir 13% sehingga mencapai $130 setong sebelum ia sedikit susut untuk diniagakan pada sekitar harga $124 setong.

Lonjakan ini sekali gus membawa kedua-dua penanda aras ke paras tertinggi sejak 2008 dan di landasan untuk mencatat keuntungan peratusan harian terbesar sejak Mei 2020.

Menurut perkembangan terbaharu, setiausaha negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata Ahad bahawa Washington dan sekutunya sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan import minyak dan gas asli dari Rusia.

Sementara itu, perbincangan untuk memulihkan perjanjian nuklear Iran tersekat dalam ketidaktentuan pada hari Ahad berikutan permintaan Rusia untuk jaminan bertulis dari Amerika bahawa sekatan ke atas Moscow tidak akan menjejaskan perdagangannya dengan Iran.

Ini secara tidak langsung menyebabkan penganalisis melihatnya sebagai cara untuk Moscow mengelak dari sekatan Barat.

Dalam pada itu, China juga dilaporkan membuat tuntutan yang sama mengenai perdagangannya dengan Iran, sekali gus merumitkan lagi usaha dalam  memeterai perjanjian nuklear dan mengurangkan potensi untuk minyak Tehran kembali ke pasaran dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat