Amerika ‘Paksa’ Ukraine Berunding Dengan Rusia?

438

Rupanya dalam diam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menggesa Ukraine untuk membuka rundingan dengan Rusia.

Menurut The Washington Post yang memetik sumber rapat dengan perbincangan itu, Amerika juga meminta Ukraine untuk menarik semula kenyataan mereka yang enggan terlibat dalam rundingan damai selagi Rusia dipimpin Presiden Vladimir Putin.

Tambah laporan itu lagi, fenomena ‘Ukraine fatigue’ yang dialami AS dan sekutunya akan menjadi lebih teruk jika rundingan gagal dibuat.

Ia bukan sahaja memberi kesan ke atas bekalan dan kos makanan serta bahan api, bahkan turut menjejaskan sokongan dalam kalangan parti Republikan untuk terus membiayai tentera Ukraine.

Ini membuatkan pentadbiran Biden mungkin berdepan tentangan berikutan pilihan raya separuh penggal yang akan berlangsung pada Selasa ekoran usahanya untuk meneruskan program bantuan keselamatan terbesar kepada Ukraine.

Rentetan itu, ia secara tidak langsung menunjukkan betapa rumitnya kedudukan pentadbiran Biden angkara Ukraine, apatah lagi apabila pegawai AS secara terbuka berjanji untuk menyokong Kyiv tetapi pada masa yang sama mengharapkan penyelesaian kepada perangnya dengan Rusia.

Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih tidak segera mengulas apabila ditanya mengenai laporan tersebut. Sebaliknya, jurucakap Jabatan Negara bertindak balas dengan mengatakan Rusia mesti segera berhenti menyerang Ukraine jika mahukan rundingan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat