“Amerika Syarikat Bakal Kehabisan Wang” – Janet Yellen

3,652

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen memberi amaran kepada para penggubal polisi bahawa kerajaan bakal kehabisan wang pada 18 Oktober ini melainkan Kongres menaikkan paras siling hutang (debt ceiling).

Menurut Yellen, AS bakal terperangkap dalam krisis hutang jika Washington gagal bertindak dalam tempoh seminggu. Isu tersebut boleh mendorong kerosakan besar berlaku terhadap ekonomi dan pasaran selain menangguhkan pembayaran kepada jutaan rakyat Amerika.

Amaran tersebut dikeluarkan selepas Senat Republik telah menyekat rang undang-undang untuk melaraskan had hutang dan mengelakkan penutupan kerajaan daripada diteruskan di Senat.

Yellen menyatakan bahawa alirah tunai harian kasar kerajaan, tidak termasuk pembiayaan, dianggarkan purata sekitar $50 bilion sehari sejak tahun lalu dan telah melepasi $300 bilion.

30 September menjadi penanda berakhirnya fiskal tahunan kerajaan, dan menjadi tarikh akhir untuk Kongres meluluskan langkah pembiayaan.

Menurut satu nota kajian yang dikeluarkan pada minggu lalu, penganalisis Barclays menyatakan terdapat faktor tambahan yang mendorong ketidaktentuan terhadap paras siling hutang ekoran bertembung dengan pakej pembiayaan Kongres yang perlu diluluskan.

Tambahan, perubahan yang disebabkan pandemik juga telah menyebabkan kesukaran untuk penilaian terhadap jangkaan aliran dan pembayaran Jabatan Perbendaharaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat